Wednesday, 17 September 2014

AL-SANUSIYYAH DI PERSADA DAKWAH

AHAD, 05 JANUARI 2014 – Bersamaan 3 Rabiul ‘Awal 1435H, sekali lagi Kolej Islam As-Sofa telah mengadakan program ilmiah iaitu ‘Seminar Pemerkasaan Dakwah Kebangsaan, Al-Sanusiyyah Di Persada Dakwah’. Majlis ini telah dilangsungkan di Kompleks Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sembilan Darul Khusus.
Pada jam 8.00 pagi, semua peserta seminar diminta untuk mendaftar sebelum diizinkan untuk masuk ke ruangan seminar. Majlis secara rasminya telah dimulakan pada jam 9.30 pagi dengan bacaan doa yang telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Anas bin Muhammad.
Tepat jam 10.00 pagi, majlis diteruskan dengan pembentangan Kertas Kerja 1, ‘Dakwah Al Sanusiah Mengembalikan Kegemilangan Umat’ oleh Syeikh Yusuf Abdul Hadi Muhammad el Ahboush iaitu Penyelidik Institut Raja Idris Al Sanusi, Libya.

 

Pada jam 10.00 pagi, majlis diteruskan dan diserikan dengan kehadiran Penasihat Kehormat Yayasan Sofa, iaitu YAB Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Utama Haji Mohammad bin Haji Hasan dan Pengerusi Kumpulan Pendidikan Sofa, Dato’ Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaludin al Sanusi. Selepas itu, majlis diteruskan dengan Majlis Perasmian Seminar Dakwah dan Pendidikan Antarabangsa: ‘Pemerkasaan Dakwah dan Pendidikan Melalui Manhaj Sanusi’ dan juga Majlis Perasmian Pengkhataman Kitab Muwatta’ Kali Ke 2, bacaan doa oleh Ustaz Muhammad Najib bin Zakaria dan persembahan qasidah daripada Kumpulan Qasidah Kolej Islam As-Sofa, Ampang.
Kertas Kerja 2, ‘Sepintas Lalu Dari Kehidupan al Imam Sayyid Muhammad ibn Ali al Sanusi’ oleh Syeikh Adel Muhammad Mokhtar, merupakan Pengarah Majlis Tertinggi Tasauf, Libya dan perbentangan Kertas Kerja 3 bertajuk ‘Manhaj dan Teori Pendidikan dan Pentarbiahan di Sisi Al Faqih Al Imam Sayyid Ahmad al Syarif’ oleh Ustaz Salahuddin bin Azarai iaitu Panel Aqidah Kebangsaan Negeri Sembilan dan Pengarah Akademik Kolej Islam As-Sofa.
Penggulungan dan Slot Q&A (soal jawab) merupakan slot terakhir dalam Seminar Pemerkasaan Dakwah Kebangsaan. Dalam slot ini, Al-Musnid Dato’ Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaludin Al-Maliki Al-Muhammadi As-Sanusi sebagai panelis menjawab segala pertanyaan daripada para peserta seminar berkenaan dengan tarekat Al-Sanusiyyah.

 

Alhamdulillah, Seminar Pemerkasaan Dakwah Kebangsaan ‘ Al-Sanusiyyah Di Persada Dakwah’ berjalan dengan lancar. Seminar berakhir pada jam 5.00 petang. Terima kasih kepada para tenaga kerja yang telah menjayakan seminar ini. Juga kepada para perserta yang terlibat dalam seminar ini

No comments:

Post a Comment