Wednesday, 17 September 2014

Nasihat Al Imam Al Akbar Sayyid Muhammad ibn Ali al Sanusi RA



FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBANTU PEMBERSIHAN JIWA SEORANG MURID
Al Imam Al Akbar Sayyid Muhammad ibn Ali al Sanusi RA menyenaraikan di dalam kitabnya, al Salsabil al Ma’in fi al Taraiq al Arba’in faktor-faktor yang membantu murid membersihkan jiwa. Di antaranya ialah : 

     I ) Memakan makanan yang halal dan menjauhkan memakan makanan yang haram.
II) Mendengar hadith-hadith berbentuk al Targhib (galakan membuat kebaikan) dan al Tarhib     (ancaman melakukan keburukan).
   III) Mempelajari Sirah Nabawiyyah  صل الله عليه وسلم, ahwal, kehidupan dan syamail Nabi صل الله عليه وسلم zahirdan batin sehingga  murid benar-benar dapat mengenali Rasulullah صل الله عليه وسلم dan gambaran Baginda صل الله عليه وسلم benar-benar terpahat di dalam hati. Ini akan menjadikan murid mengasihi Rasulullah صل الله عليه وسلم melebihi kasihnya terhadap makhluk yang lain yang dengannya akan menyempurnakan keimanannya. Rasulullah SAW bersabda : 
لَا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى أَكُونَ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِنْ وَالِدِهِ وَوَلَدِهِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِينَ
"Tidaklah beriman seorang dari kalian hingga aku lebih dicintainya daripada orang tuanya, anaknya dan dari manusia seluruhnya".

Untuk tujuan tersebut, para masyaikh Tariqat Sanusiah telah menetapkan beberapa buah kitab untuk dijadikan bacaan. Di antaranya ialah Syamail al Nabi       صل الله عليه وسلم  karya Imam al Tirmizi, al Syifa bi Ta’rif Huquq al Mustafa صل الله عليه وسلم karangan Syeikh Qadhi ‘Iyadh dan Kifayah al Murid wa Hilyah al ‘Abid karya al Allamah al Kharubi.


   Membaca hikayat atau kata mutiara para masyaikh berkaitan mujahadah dan ketinggian mu’amalah dan hubungan mereka dengan Allah. Ia merupakan tentera dari tentera-tentera Allah sebagaimana yang ditunjukkan oleh firman Allah SWT di dalam surah al Hud; ayat 120 mafhumnya: 
“Dan tiap-tiap berita dari berita Rasul-rasul itu, Kami ceritakan kepadamu (Wahai Muhammad), untuk menguatkan hatimu dengannya.”
  Bersegera melakukan amalan-amalan kebaikan seperti memperbanyakkan selawat dan salam ke atas Rasulillah  صل الله عليه وسلم.

Al Imam al Akbar Sayyid Muhammad ibn Ali al Sanusi RA berkata : 

وليشتغل المريد بالأعمال المسرعة به إلى حضرة الفلاح والفوز بالكمال كالصلاة على النبي صلى اللع عليه وسلم، فقد قالبعضهم إنها لا يدخلها الرياء، وبعضهم أنها مقبولة مطلقا، وهي على هذا من الغنائم الباردة لسالكي طريق المجاهدة في الله.
“Hendaklah murid menyibukkan dirinya dengan amalan-amalan yang boleh mempercepatkan kepada terhasilnya kejayaan yang sempurna seperti berselawat ke atas Nabi صل الله عليه وسلم , Berkata sebahagian ulama’ : Sesungguhnya ia tidak dimasuki oleh sifat riya’. Sebahagian ulama’ pula berkata : Ia diterima secara mutlak. Oleh kerana itulah, ia merupakan keuntungan yang diperolehi dengan mudah bagi  orang yang menjalani jalan mujahadah fillah.”


   I ) Meninggalkan bergaul dangan manusia secara berlebih-lebihan.
  II ) Meninggalkan berbicara dengan manusia secara berlebih-lebihan.
III) Meninggalkan tidur secara berlebih-lebihan.
 IV )Meninggalkan makan secara berlebih-lebihan.

 
 sumber : Pengenalan Tariqat Al Muhammadiah Al Sanusiah Al Idrisiah karangan Dato Sheikh Muhammad Fuad bin Kamaluddin al Rembawi.

AL-SANUSIYYAH DI PERSADA DAKWAH

AHAD, 05 JANUARI 2014 – Bersamaan 3 Rabiul ‘Awal 1435H, sekali lagi Kolej Islam As-Sofa telah mengadakan program ilmiah iaitu ‘Seminar Pemerkasaan Dakwah Kebangsaan, Al-Sanusiyyah Di Persada Dakwah’. Majlis ini telah dilangsungkan di Kompleks Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sembilan Darul Khusus.
Pada jam 8.00 pagi, semua peserta seminar diminta untuk mendaftar sebelum diizinkan untuk masuk ke ruangan seminar. Majlis secara rasminya telah dimulakan pada jam 9.30 pagi dengan bacaan doa yang telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Anas bin Muhammad.
Tepat jam 10.00 pagi, majlis diteruskan dengan pembentangan Kertas Kerja 1, ‘Dakwah Al Sanusiah Mengembalikan Kegemilangan Umat’ oleh Syeikh Yusuf Abdul Hadi Muhammad el Ahboush iaitu Penyelidik Institut Raja Idris Al Sanusi, Libya.

 

Pada jam 10.00 pagi, majlis diteruskan dan diserikan dengan kehadiran Penasihat Kehormat Yayasan Sofa, iaitu YAB Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Utama Haji Mohammad bin Haji Hasan dan Pengerusi Kumpulan Pendidikan Sofa, Dato’ Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaludin al Sanusi. Selepas itu, majlis diteruskan dengan Majlis Perasmian Seminar Dakwah dan Pendidikan Antarabangsa: ‘Pemerkasaan Dakwah dan Pendidikan Melalui Manhaj Sanusi’ dan juga Majlis Perasmian Pengkhataman Kitab Muwatta’ Kali Ke 2, bacaan doa oleh Ustaz Muhammad Najib bin Zakaria dan persembahan qasidah daripada Kumpulan Qasidah Kolej Islam As-Sofa, Ampang.
Kertas Kerja 2, ‘Sepintas Lalu Dari Kehidupan al Imam Sayyid Muhammad ibn Ali al Sanusi’ oleh Syeikh Adel Muhammad Mokhtar, merupakan Pengarah Majlis Tertinggi Tasauf, Libya dan perbentangan Kertas Kerja 3 bertajuk ‘Manhaj dan Teori Pendidikan dan Pentarbiahan di Sisi Al Faqih Al Imam Sayyid Ahmad al Syarif’ oleh Ustaz Salahuddin bin Azarai iaitu Panel Aqidah Kebangsaan Negeri Sembilan dan Pengarah Akademik Kolej Islam As-Sofa.
Penggulungan dan Slot Q&A (soal jawab) merupakan slot terakhir dalam Seminar Pemerkasaan Dakwah Kebangsaan. Dalam slot ini, Al-Musnid Dato’ Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaludin Al-Maliki Al-Muhammadi As-Sanusi sebagai panelis menjawab segala pertanyaan daripada para peserta seminar berkenaan dengan tarekat Al-Sanusiyyah.

 

Alhamdulillah, Seminar Pemerkasaan Dakwah Kebangsaan ‘ Al-Sanusiyyah Di Persada Dakwah’ berjalan dengan lancar. Seminar berakhir pada jam 5.00 petang. Terima kasih kepada para tenaga kerja yang telah menjayakan seminar ini. Juga kepada para perserta yang terlibat dalam seminar ini

Al IMAM SAYYID MUHAMMAD BIN ALI AS SANUSI, MURID DAN KHALIFAH AL IMAM SAYYID AHMAD BIN IDRIS AL HASANI AL MAGHRIBI RA.




al-Imam Sayyid Muhamad Ali As-Sanusi
al-Imam Sayyid Syeikh Muhammad ibn Ali as-Sanusi telah dilahirkan pada hari Isnin 12 Rabiulawal 1202H/22 Disember 1787M di sebuah tempat yang bernama al-Wasitah, di Mustaghanim, Algeria. 
Beliau mendapat didikan agama awal dari Sheikh Abu Ras RA. (wafat 1823 masihi) dan dari Sheikh Belganduz RA. (1829 Masihi). Kemudian beliau telah pergi ke Fas untuk memperdalamkan ilmu mengenai Tafsir Al-Quran dan ‘Ilmu Hadits, ‘Ilmu Hukum Fiqah serta lanjutan ilmu-ilmu pengajaran Islam dari tahun 1821 hingga 1828 Masihi. Beliau pergi mengerjakan Haji ke Mekah melalui jalan darat melalui Tunisia Selatan dan Mesir. Di Mekah, beliau telah mendirikan Zawiyah tempat melatih murid-murid Tariqatnya di sebuah gunung yang terkenal bernama Jabal Abu Qabais. Beliau juga telah mendirikan Zawiyahnya di Cyreinaica, Baidha' Temessa dan Jaghbub. Beliau adalah seorang ulama yang ikhlas dan suka merendahkan dirinya. 

al-Imam Sayyid Syeikh Muhammad ibn Ali as-Sanusi adalah pengasas kepada Tareqat Sanusiyah.Nama Penuh Tareqat yang mulia Ini adalah Tareqat al Muhammadiyyah al Sanusiyyah al-Idrisiyyah ,Zawiyah Tariqat Sanusiyah pada mulanya berada di Jaghdub antara tahun 1855 hingga 1895, kemudian berpindah ke Kufra pada tahun 1895 hingga 1899 dan kemudiannya telah berpindah ke Guro pada tahun 1899. Pada tahun 1902 markaznya telah kembali berpindah di Kufra manakala zawiyah-zawiyahnya telah meningkat dari dua puluh buah dalam tahun 1859 telah menjadi seratus buah dalam tahun 1884 Masihi. Tariqatnya berkembang luas dari Morroco hingga ke Somalia dan daerah pedalaman Libya. Tariqat ini bersifat keras terutamanya dalam melakukan Jihad atas Jalan Allah dan mentaati para pemimpinnya. Antara wirid-wirid yang dilakukan oleh penganut Tariqat ini ialah zikir “Ya Latif” sebanyak seribu kali secara Sirr. Mereka berpegang dengan Hukum Syara’ yang berlandaskan Al-Quran dan Al-Hadits menuruti Mazhab Maliki. 


Tariqat Sanusiyah ini juga dikatakan mempunyai pengaruh Tariqat Tijaniyah dan Tayyibiyah yang merupakan cabang dari Tariqat Ahmadiyah, Rashidiyah dan Idrisiyah yang dinisbatkan dengan gurunya al Imam al akbar Sayyid Ahmad Bin Idris Al-Fasi Rahmatullah ‘alaih yang meninggal dunia pada tahun 1837 Masihi di Sabia. 

Di katakan juga bahawa Tariqat Sanusiyah ini merupakan cabang dari Tariqat Qadiriyah yang telah dikembangkan oleh Hadhrat Ibnu Dabbagh Rahmatullah ‘alaih di sekitar tahun 1700 Masihi di Morrocco (maghibi) . Tariqat Sanusiyah adalah sangat sederhana dalam amalan wiridnya dan tidak menyimpang daripada ajaran Islam yang asli. 
Antara Mutiara dari Tariqat sanusiyah ini adalah al Syahid Umar Mukhtar Singa Padang Pasir yang terkenal itu.


Omar Mukhtar

Beliau mempunyai dua orang putera yang bernama al Sayyid Muhammad Al-Mahdi al Sanusi yang lahir pada tahun 1844 dan meninggal dunia pada tahun 1961 Masihi di Guro yang menjadi Khalifah kepada Hadhrat Syeikh Sayyid Muhammad bin ‘Ali As-Sanusi Rahmatullah ‘alaih. Puteranya yang kedua bernamaal Imam Sayyid Ahmad Syarif R.A yang lahir pada tahun 1846 dan meninggal dunia pada tahun 1896 Masihi. al Imam  Sayyid Muhammad Al-Mahdi meninggalkan dua orang putera yang bernama Sayyid  Muhammad Idris yang telah diangkat menjadi raja kecil di bawah pengawasan Itali dari tahun 1916 hingga 1923 Masihi, dan Sayyid  Muhammad Ridha yang telah dikurniakan dengan enam orang putera yang bernama Sayyid  Ahmad Syarif yang telah diangkat sebagai Khalifah Tariqat Sanusiyah antara tahun 1901 hingga 1916 Masihi, Sidi ayyid Muhammad Al-‘Abid, Sidi ‘Ali Al-Khattab, Sidi Safiuddin, Sidi Al-Halal dan Sidi Ar-Ridha. 
.
Surat yang dikirim oleh al Imam Sayyid Ahmad bin Idris al Hasani al Maghribi RA kepada Sayyid Muhammad bin 'Ali as Sanusi al Hasani, yang menyatakan kedudukan dan maqam Sayyid Muhammad as Sanusi sebagai Wali Allah disisi Allah SWT
.
بسم الله الرحمن الرحيم
من أحمد بن إدريس إلى جملة إخواننا المكرمين وأحبابنا المحترمين، السلام عليكم ورحمة الله وبركاته،


والذي أعرّفكم به أيها الأخوان الحذر الحذر ثم الحذر من محاربة الله ورسوله وهي أذية أوليائه، وقد قال الله عز وجل، من آذى لي ولياً فقد آذنته بالحرب، وفي الحديث الآخر، من آذى لي ولياً فقد بارزني بالمحاربة، وهذا الرجل أخينا السيد محمد إبن السنوسي من أكابر أولياء الله ولو يعلم الناس منزلته وعلو مرتبته لتكاسروا الأعناق على بابه والناس جاهلون .... ويؤذونه بالكلام فإياكم إياكم ثم إياكم من أذيته والدخول في عرضه والتعرض عليه، فإن من آذاه يؤخذ من حيث لا يشعر ويُخاف عليه من سوء الخاتمة والعياذ بالله، لهذا أحذركموالسلام عليكم ورحمة الله وبركاته




Sebelum beliau meninggal dunia, beliau pernah berkata, “Hamba-hamba Allah ini telah memberikan kami satu tugas yang amat berat sekali sehingga andaikata ia diletakkan di atas gunung, ia tidak akan sanggup untuk memikulnya.” Yang dimaksudkan oleh beliau ialah menjaga amanah Allah.

Makam Sheikh Muhamad Ali As-Sanusi

al-Imam Sayyid Syeikh Muhammad ibn Ali as-Sanusi telah meninggal dunia pada bulan Safar tahun 1276H/1859M di al-Jaghbub, Libya.