FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBANTU PEMBERSIHAN JIWA SEORANG MURID
Al Imam Al Akbar Sayyid Muhammad ibn Ali al Sanusi RA menyenaraikan di dalam kitabnya, al Salsabil al Ma’in fi al Taraiq al Arba’in faktor-faktor yang membantu murid membersihkan jiwa. Di antaranya ialah :
I ) Memakan
makanan yang halal dan menjauhkan memakan makanan yang haram.
II) Mendengar
hadith-hadith berbentuk al Targhib (galakan membuat kebaikan) dan al
Tarhib (ancaman melakukan keburukan).
III) Mempelajari
Sirah Nabawiyyah صل الله عليه وسلم, ahwal, kehidupan dan syamail Nabi صل الله عليه وسلم zahirdan batin sehingga
murid benar-benar dapat mengenali Rasulullah صل الله عليه وسلم dan gambaran Baginda صل الله عليه وسلم
benar-benar terpahat di dalam hati. Ini akan menjadikan murid mengasihi
Rasulullah صل الله عليه وسلم melebihi kasihnya terhadap makhluk yang lain yang dengannya akan
menyempurnakan keimanannya. Rasulullah SAW bersabda :
لَا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى أَكُونَ أَحَبَّ
إِلَيْهِ مِنْ وَالِدِهِ وَوَلَدِهِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِينَ
"Tidaklah
beriman seorang dari kalian hingga aku lebih dicintainya daripada orang tuanya,
anaknya dan dari manusia seluruhnya".Untuk tujuan tersebut, para masyaikh Tariqat Sanusiah telah menetapkan beberapa buah kitab untuk dijadikan bacaan. Di antaranya ialah Syamail al Nabi صل الله عليه وسلم karya Imam al Tirmizi, al Syifa bi Ta’rif Huquq al Mustafa صل الله عليه وسلم karangan Syeikh Qadhi ‘Iyadh dan Kifayah al Murid wa Hilyah al ‘Abid karya al Allamah al Kharubi.
Membaca hikayat atau kata mutiara para masyaikh berkaitan mujahadah dan ketinggian mu’amalah dan hubungan mereka dengan Allah. Ia merupakan tentera dari tentera-tentera Allah sebagaimana yang ditunjukkan oleh firman Allah SWT di dalam surah al Hud; ayat 120 mafhumnya:
“Dan tiap-tiap berita dari berita Rasul-rasul itu, Kami ceritakan kepadamu (Wahai Muhammad), untuk menguatkan hatimu dengannya.”
Bersegera melakukan amalan-amalan kebaikan seperti memperbanyakkan selawat dan salam ke atas Rasulillah صل الله عليه وسلم.
Al Imam al Akbar Sayyid Muhammad ibn Ali al Sanusi RA berkata :
وليشتغل المريد بالأعمال المسرعة به
إلى حضرة الفلاح والفوز بالكمال كالصلاة على النبي صلى اللع عليه وسلم، فقد
قالبعضهم إنها لا يدخلها الرياء، وبعضهم أنها مقبولة مطلقا، وهي على هذا من
الغنائم الباردة لسالكي طريق المجاهدة في الله.
“Hendaklah murid menyibukkan dirinya dengan amalan-amalan yang boleh
mempercepatkan kepada terhasilnya kejayaan yang sempurna seperti berselawat ke
atas Nabi صل الله عليه وسلم , Berkata sebahagian ulama’ : Sesungguhnya ia tidak dimasuki oleh
sifat riya’. Sebahagian ulama’ pula berkata : Ia diterima secara mutlak. Oleh
kerana itulah, ia merupakan keuntungan yang diperolehi dengan mudah bagi orang yang menjalani jalan mujahadah fillah.”
I ) Meninggalkan bergaul dangan manusia secara berlebih-lebihan.
II ) Meninggalkan berbicara dengan manusia secara berlebih-lebihan.
III) Meninggalkan tidur secara berlebih-lebihan.
IV )Meninggalkan makan secara berlebih-lebihan.
sumber : Pengenalan Tariqat Al Muhammadiah Al Sanusiah Al Idrisiah karangan Dato Sheikh Muhammad Fuad bin Kamaluddin al Rembawi.



