Al IMAM SAYYID MUHAMMAD BIN ALI AS SANUSI, MURID DAN KHALIFAH AL IMAM SAYYID AHMAD BIN IDRIS AL HASANI AL MAGHRIBI RA.
![]() |
| al-Imam Sayyid Muhamad Ali As-Sanusi |
Beliau
mendapat didikan agama awal dari Sheikh Abu Ras RA. (wafat 1823 masihi)
dan dari Sheikh Belganduz RA. (1829 Masihi). Kemudian beliau telah
pergi ke Fas untuk memperdalamkan ilmu mengenai Tafsir Al-Quran dan
‘Ilmu Hadits, ‘Ilmu Hukum Fiqah serta lanjutan ilmu-ilmu pengajaran
Islam dari tahun 1821 hingga 1828 Masihi. Beliau pergi mengerjakan Haji
ke Mekah melalui jalan darat melalui Tunisia Selatan dan Mesir. Di
Mekah, beliau telah mendirikan Zawiyah tempat melatih murid-murid
Tariqatnya di sebuah gunung yang terkenal bernama Jabal Abu Qabais.
Beliau juga telah mendirikan Zawiyahnya di Cyreinaica, Baidha' Temessa
dan Jaghbub. Beliau adalah seorang ulama yang ikhlas dan suka merendahkan dirinya.
al-Imam Sayyid Syeikh Muhammad ibn Ali as-Sanusi adalah pengasas kepada Tareqat Sanusiyah.Nama Penuh Tareqat yang mulia Ini adalah Tareqat al Muhammadiyyah al Sanusiyyah al-Idrisiyyah ,Zawiyah Tariqat Sanusiyah pada mulanya berada di Jaghdub antara tahun 1855
hingga 1895, kemudian berpindah ke Kufra pada tahun 1895 hingga 1899 dan
kemudiannya telah berpindah ke Guro pada tahun 1899. Pada tahun 1902
markaznya telah kembali berpindah di Kufra manakala zawiyah-zawiyahnya
telah meningkat dari dua puluh buah dalam tahun 1859 telah menjadi
seratus buah dalam tahun 1884 Masihi. Tariqatnya berkembang luas dari
Morroco hingga ke Somalia dan daerah pedalaman Libya. Tariqat ini
bersifat keras terutamanya dalam melakukan Jihad atas Jalan Allah dan
mentaati para pemimpinnya. Antara wirid-wirid yang dilakukan oleh
penganut Tariqat ini ialah zikir “Ya Latif” sebanyak seribu kali secara
Sirr. Mereka berpegang dengan Hukum Syara’ yang berlandaskan Al-Quran
dan Al-Hadits menuruti Mazhab Maliki.
Tariqat Sanusiyah ini juga dikatakan mempunyai pengaruh Tariqat Tijaniyah dan Tayyibiyah yang merupakan cabang dari Tariqat Ahmadiyah, Rashidiyah dan Idrisiyah yang dinisbatkan dengan gurunya al Imam al akbar Sayyid Ahmad Bin Idris Al-Fasi Rahmatullah ‘alaih yang meninggal dunia pada tahun 1837 Masihi di Sabia.
Di katakan juga bahawa Tariqat Sanusiyah ini merupakan cabang dari Tariqat Qadiriyah yang telah dikembangkan oleh Hadhrat Ibnu Dabbagh Rahmatullah ‘alaih di sekitar tahun 1700 Masihi di Morrocco (maghibi) . Tariqat Sanusiyah adalah sangat sederhana dalam amalan wiridnya dan tidak menyimpang daripada ajaran Islam yang asli. Antara Mutiara dari Tariqat sanusiyah ini adalah al Syahid Umar Mukhtar Singa Padang Pasir yang terkenal itu.
![]() |
| Omar Mukhtar |
.
.
بسم الله الرحمن الرحيم
من أحمد بن إدريس إلى جملة إخواننا المكرمين وأحبابنا المحترمين، السلام عليكم ورحمة الله وبركاته،
والذي أعرّفكم به أيها
الأخوان الحذر الحذر ثم الحذر من محاربة الله ورسوله وهي أذية أوليائه، وقد
قال الله عز وجل، من آذى لي ولياً فقد آذنته بالحرب، وفي الحديث الآخر، من
آذى لي ولياً فقد بارزني بالمحاربة، وهذا الرجل أخينا السيد محمد إبن
السنوسي من أكابر أولياء الله ولو يعلم الناس منزلته وعلو مرتبته لتكاسروا
الأعناق على بابه والناس جاهلون .... ويؤذونه بالكلام فإياكم إياكم ثم
إياكم من أذيته والدخول في عرضه والتعرض عليه، فإن من آذاه يؤخذ من حيث لا
يشعر ويُخاف عليه من سوء الخاتمة والعياذ بالله، لهذا أحذركموالسلام عليكم
ورحمة الله وبركاته
Sebelum beliau meninggal dunia, beliau
pernah berkata, “Hamba-hamba Allah ini telah memberikan kami satu tugas
yang amat berat sekali sehingga andaikata ia diletakkan di atas gunung,
ia tidak akan sanggup untuk memikulnya.” Yang dimaksudkan oleh beliau
ialah menjaga amanah Allah.
al-Imam Sayyid Syeikh Muhammad ibn Ali as-Sanusi telah meninggal dunia pada bulan Safar tahun 1276H/1859M di al-Jaghbub, Libya.




No comments:
Post a Comment